Penggunaan umum Panji-panji,_alat_bendera_dan_guidon

Napoleon I mengurniakan pingat Légion d'honneur kepada askar dragoon kerana menawan bendera rejimental Imperial.

Apabila pasukan tentera semakin terlatih dan menggunakan set formasi, setiap keupayaan rejimen untuk memastikan formasinya berpotensi kritikal terhadapnya, dan dengan itu kejayaan tenteranya. Dalam kekacauan pertempuran, terutamanya akibat jumlah debu dan asap di medan perang, askar-askar mesti dapat menentukan dimana rejimen mereka berada.

Bendera rejimental biasanya dianugerahkan kepada rejimen oleh ketua negara semasa upacara istiadat. Oleh itu mereka dilayan dengan penuh penghargaan kerana mereka mewakili kehormatan dan tradisi rejimen. Panji-panji boleh disulam dengan nama-nama pertempuran atau simbol lain yang mewakili pencapaian lepas (lihat penghormatan perang).

Rejimen cenderung menggunakan "pengawal panji-panji", yang terdiri daripada askar-askar berpengalaman atau elit, untuk melindungi panji-panji mereka. Akibatnya, penawanan bendera musuh dianggap sebagai kejayaan hebat.

Ia tidak senang-senang dimusnahkan – apabila terlalu berusia untuk digunakan, ia diganti dan disimpan di muzium, bangunan keagamaan dan tempat-tempat lain yang penting untuk rejimen mereka. Namun, dalam kebanyakan tentera moden, arahan tetap kini diminta bagi Panji-Panji dimusnahkan dengan sengaja apabila ia berada dalam keadaan bahaya jika ditawan oleh pihak musuh.

Oleh kerana kedatangan senjata moden, dan perubahan taktik seterusnya, Panji-Panji tidak lagi dibawa kedalam pertempuran, tetapi terus digunakan pada acara-acara rasmi.